Showing posts with label paris. Show all posts
Showing posts with label paris. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

si macho black meke meke #catmating

dah seminggu abang macho ni menumpang kasih
my dad found this cat kelaparan kat pasar
manje sangat
meow meow meowwwww
before ni letak meke meke dalam cage
sangat verbal
malam tadi start lepaskan meke meke dalam rumah
zuma & abel dalam kondo diorang
paris dalam bilik mummy

wah wahhhh
berlari gembire sorang2
and pagi ni....
JENG JENG JENG







 18sx
 
 
ntah camne paris terlepas dari bilik
dan cinta pun berputik
miangnye anak dara mummy
paris yang tergedik2 tertonggeng2 bontot
guling2 hindustan
abang gemok zuma takmau
nak abang macho badan ketak2 ye
TAHNIAH MEKE MEKE
dan PARIS
semoge bahagia ke akhir hayat
=)

Thursday, July 25, 2013

oh my gedik!

tengok la budak gedik ni
baru 2 weeks my sis babysit dah gedik

=________=

my sis dulu takde la suke sangat kucing
tapi dapat hubby catlover
tu yang dah semakin berani manja2 ngan kucing
walaupun tengah pregnant now

sape cakap preggy mummy tak boleh pegang kucing?
boleh je
asalkan jaga kebersihan
lepas belai2 tu, basuh tangan
jangan bersihkan toilet kucing,soh orang lain.hehe
 pernah denga kucing sebenarnya lebih bersih dari manusia?
meh share sikit

* * *

Nabi Muhammad SAW. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasulullah tahu pada badan kucing tidak terdapat najis?

Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria.
Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing.
Benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan kuman yang ditanam memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Salivanya bersih dan membersihkan.

Para doktor yang pakar dalam bidang kuman berpendapat :

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl pula menemui kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
(baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). .

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang dikenali sebagai lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terutama  pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu badan tubuhnya.
Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor mengapa tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


* * *

NOTAKAKI: mungkin ini adalah entry yang paling panjang.cuci mate jap

 
eh.close enough?

Monday, May 27, 2013

paris hilang????


ye paris hilang
tapi dah jumpa lepas 2 hari lari dari rumah

well done to my lil bro
siap tubuhkan pasukan mencari paris

tengoklah muka budak degil ni
nasib baik mata mummy tak bengkak lagi
menangis macam mati laki
geram!

Friday, May 17, 2013

rindu kat budak kepoh ni =(

the blue shirt from south korea
after discount 7500 won
approx RM 22
#belikatmalaysialagimurah




notakaki: paris dah pandai main kat luar rumah.katenya nak dating dengan pilihan hati.haihhh....budak budak zaman sekarang!

Monday, December 31, 2012

hanis aka paris

 
paris have a new name - hanis! (and umar for zuma) erk?

its been a month since hanis stay with my family back in hometown.so her name have to change a bit kampung =) poyo ehhh

lucky her,my mum will make a chicken soup for her 3 times a week.even my bro will spoon feed her with kibble cause hanis will eat more by doing that.oh sangat mengada!

i dont have to worry anymore.paris will survive and she looks so happy at her new house
nama pun kepoh  +____+

Monday, October 15, 2012

minyak gamat untuk merawat kucing kurap

baru-baru ni terperasan paris asyik tergaru-garu.bila tengok rupanya ada kurap di leher.thanks God its only at early stage.sebelum ni sapu dengan dermanol cream tapi disebabkan my babies berlezup menyorok bila bau krim ni.so kali ni nak cuba petua orang tua pula.MINYAK GAMAT.

actually,baru apply 3x saja dalam minggu tu and memang nampak paris dah kurang tergaru-garu.tapi kesian pula tengok bulu di leher dah jadi warna coklat macam baru jatuh longkang.haha padan muka!

ok,sila abaikan model comot kat bawah ni.

then,mandikan paris 2x seminggu dengan shampoo TRISEB khas untuk kurap..ni baru check again,kurap dah tak ada tapi garu tetap garu.so have to repeat the treatment again for this week.poor my lil paris =(

Friday, September 21, 2012

female persian for sale - rehomed


- name: paris
- dob: 24 march 2012
- diet: royal canin persian kitten 32
- breed: both parents flat face
- location: kl,malacca,muar
- price : RM **** (negotiable)
- very playful & super active

- vaccine,dewormed & deflea done
- medical card will be provided

for serious buyer who interested,pls call or sms me at 017 *** **** for viewing of the kitten

paris ganas!

 haipp!! haipp !!
tak sampai seminggu pakai,ribbon dah tertanggal..
ganas betul anak dara ni =P

Thursday, September 20, 2012

a sad news to share

this is the most difficult decision ever...but i believe its the best for you,paris.you need some one who can give a 100% attention,love & care to you.and im sorry,i cant....i hope there is someone better than me will adopt you.one day,you will understand.my love and prays for you forever sayang

Sunday, August 12, 2012

allergy is a nightmare!

my allergy get worse until i have to send zuma & paris back to kampung 2 weeks early before raya.so far,alhamdulillah.i cant complaint more.the shots & pills help a lots =)

at this moment im just concern what will happen next.whether i can keep them or they have to stay kampung forever.arghh!! miss them so much.cant image my life without them




Sunday, July 29, 2012

biodata paris =)


             ========================================
              nama penuh          : paris sayang
              nama manja          : si kepoh
              jantina             : betina
              d.o.b               : 24 mac 2012
              baka                : domestic long hair (flat face)
              hobi                : gigit & jilat tangan orang
              makanan kegemaran   : royal canin persian 32

              ======================================== 


Tuesday, July 24, 2012

Monday, July 16, 2012

seminggu bersama paris


wah! nampak sweetkan mereka ni? hehe...

tapi sebenarnya tak pun.zuma selalu gigit paris...mula-mula ingat mereka bergurau.tapi bila dengar paris mula buat bunyi garang & zuma pula masih tak mahu lepaskan...terpaksalah aku leraikan..

nampaknya mereka masih perlu dimonitor walaupun dah seminggu bersama.waktu makan dan tidur saja yang ok =P

Saturday, July 14, 2012

si kepoh paris

zuma terpaksa dimasukkan dalam cage sebab dah banyak kali tengok dia gigit paris.tapi si kepoh paris ni pula panjat cage dan kacau zuma.kepoh...kepoh...