Thursday, July 25, 2013

oh my gedik!

tengok la budak gedik ni
baru 2 weeks my sis babysit dah gedik

=________=

my sis dulu takde la suke sangat kucing
tapi dapat hubby catlover
tu yang dah semakin berani manja2 ngan kucing
walaupun tengah pregnant now

sape cakap preggy mummy tak boleh pegang kucing?
boleh je
asalkan jaga kebersihan
lepas belai2 tu, basuh tangan
jangan bersihkan toilet kucing,soh orang lain.hehe
 pernah denga kucing sebenarnya lebih bersih dari manusia?
meh share sikit

* * *

Nabi Muhammad SAW. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasulullah tahu pada badan kucing tidak terdapat najis?

Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria.
Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing.
Benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan kuman yang ditanam memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Salivanya bersih dan membersihkan.

Para doktor yang pakar dalam bidang kuman berpendapat :

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl pula menemui kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
(baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). .

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang dikenali sebagai lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terutama  pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu badan tubuhnya.
Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor mengapa tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


* * *

NOTAKAKI: mungkin ini adalah entry yang paling panjang.cuci mate jap

 
eh.close enough?

No comments:

Post a Comment