Friday, October 25, 2013

zuma trim bulu

 
pic atas - sebelum shave bulu.muke monyok tengah tunggu turn jumpe vet
pic bawah - settle shaving bulu bawah & trim ekor.zuma still jalan2,then terjatuh....rase nak nangis

Sunday, October 13, 2013

watch & learn


si macho black meke meke #catmating

dah seminggu abang macho ni menumpang kasih
my dad found this cat kelaparan kat pasar
manje sangat
meow meow meowwwww
before ni letak meke meke dalam cage
sangat verbal
malam tadi start lepaskan meke meke dalam rumah
zuma & abel dalam kondo diorang
paris dalam bilik mummy

wah wahhhh
berlari gembire sorang2
and pagi ni....
JENG JENG JENG







 18sx
 
 
ntah camne paris terlepas dari bilik
dan cinta pun berputik
miangnye anak dara mummy
paris yang tergedik2 tertonggeng2 bontot
guling2 hindustan
abang gemok zuma takmau
nak abang macho badan ketak2 ye
TAHNIAH MEKE MEKE
dan PARIS
semoge bahagia ke akhir hayat
=)

Saturday, October 12, 2013

si penjaga pintu

mummy...sejuk laa kt bawah pintu ni
macam aircond
saye suke..saye suke

Sunday, September 15, 2013

diari seorang pencinta

26 aug - mummy tengah sebok packing her stuff & cepat-cepat zuma masuk bakul dengan muke innocent..takot kena tinggal !!kite tak sabar nak jumpe kekasih lame

1 sept - dah seminggu dok sini, tapi paris tetap garang dengan zuma.zuma tak cukup hemsem ke mummy? sobssss sedih taw cinta ditolak

2 sept - bersihkan sini..bersihkan sane.....nak wangi2...misi harini nak pikat si cantik paris..arap die suke dengan style baru ekor kite.kite takkan pernah putus asa =)

Wednesday, August 21, 2013

my kids 1st grooming

actually the plan nak shaving both of them
tapi zuma garang sangat
petshop tak berani
kena shaving kat vet yang offer ubat bius
bagi tenang sikit si gemok tu

tengoklah muke tak puas hati die tu
memang kecoh mase nak pick up my kids
haha
ntah2 ade yang dah kena cakar


shaving pon takde lah botak betul
macam short hair je
barulah nampak bontot si abel ni
hmmmmmm
WANGI !!

Thursday, July 25, 2013

oh my gedik!

tengok la budak gedik ni
baru 2 weeks my sis babysit dah gedik

=________=

my sis dulu takde la suke sangat kucing
tapi dapat hubby catlover
tu yang dah semakin berani manja2 ngan kucing
walaupun tengah pregnant now

sape cakap preggy mummy tak boleh pegang kucing?
boleh je
asalkan jaga kebersihan
lepas belai2 tu, basuh tangan
jangan bersihkan toilet kucing,soh orang lain.hehe
 pernah denga kucing sebenarnya lebih bersih dari manusia?
meh share sikit

* * *

Nabi Muhammad SAW. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasulullah tahu pada badan kucing tidak terdapat najis?

Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria.
Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing.
Benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan kuman yang ditanam memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Salivanya bersih dan membersihkan.

Para doktor yang pakar dalam bidang kuman berpendapat :

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl pula menemui kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
(baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). .

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang dikenali sebagai lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terutama  pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu badan tubuhnya.
Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor mengapa tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


* * *

NOTAKAKI: mungkin ini adalah entry yang paling panjang.cuci mate jap

 
eh.close enough?

hey heyy..love is in the air!

zuma: (eh ade awek la kat atas tu..comelnye! putih bersih....tibe2 jantung rase dupdapdupdap la)
snowbelle:  (ape pandang2 ni..misai aku senget ke? bulu telinga aku terkeluar ke?)

zuma: hai awak..boleh berkenalan...name saye zuma.hobi tido depan pintu bilik mummy saye.makanan kegemaran royal canin.minuman kegemaran air mineral.umur saye 1 tahun 5 bulan. mummy saye kate saye dah boleh kawen.awak nak kawen ngan saye tak?
snowbelle: ......

zuma: saye hemsem taw! macam channing tatum.badan ketak2.cube awak tengok dekat2..mesti terpikat!
snowbelle: CHANNING TATUM???? gile taknak..mestilah nak!!!

Tuesday, June 18, 2013

cute cat furniture - part II

part I boleh rujuk kat sini
akhirnya i found handmade cat furniture kat malaysia ni
teruja kan ?

 
 
 
 
boleh cuci mata tengok luar =)
suke lah tu!


rumah kucing daripada kayu - RM100


 
cute handmade cat harness pun ade taw.comel sgt!

jika berminat boleh hubungi facebook:
pembuat furniture kucing

Monday, May 27, 2013

paris hilang????


ye paris hilang
tapi dah jumpa lepas 2 hari lari dari rumah

well done to my lil bro
siap tubuhkan pasukan mencari paris

tengoklah muka budak degil ni
nasib baik mata mummy tak bengkak lagi
menangis macam mati laki
geram!

Friday, May 17, 2013

send zuma for his 1st annual vaccine (16052013)

 
  

lokasi pengambaran: kelana jaya veterinary clinic
due vaksin sebenarnya 020513
lambat 2 weeks
tapi sebab busy dengan GE13 (penipu gile alasan)
at first ingat kena repeat balik from start sebab dah lewat kan
but tanya sama vet (TSV) kat fb, they say can continue as long tak lebih sebulan (OOOooooo baru cek tawwwww)
okbye!

rindu kat budak kepoh ni =(

the blue shirt from south korea
after discount 7500 won
approx RM 22
#belikatmalaysialagimurah




notakaki: paris dah pandai main kat luar rumah.katenya nak dating dengan pilihan hati.haihhh....budak budak zaman sekarang!

hello, im back!

what? my last entry updated on february?
gila pemalas!

actually so many thing happened for last 2mo
  1. remember when i told zuma have to hand-feed? PROBLEM SOLVED - he need his old bowl !! (i left his bowl for paris at kg,dah macam bantal busuk la pulak)
  2. the mengayat session still not solve!setelah beberapa kali gagal mengayat,zuma pasrah & memilih caranya sendiri untuk tetttttttt - PENDING FOR ZUMA ACTION.sob sobbb sobbbb
  3. and ohhh yaaaa....snowbelle on heat (cant recall exact date because im so stresssss with her super loud voice) but malangnya,zuma tak reti....so sangat kelakar la tengok snowbelle dok mengekor,meleset leset,tertonggek tonggek kat abam zuma but zuma lak cam sombong...anyway,cinta tak boleh dipaksa - HAVE TO WAIT FOR HER NEXT CYCLE
❝tulun...den nak kawen tapi den tak ghoti.camno?  ❞
=_____=

Friday, February 8, 2013

biodata snowbelle =)

             ========================================
              nama penuh          : snowbelle sayang
              nama manja          : abel
              jantina             : betina
              d.o.b               : 10 februari 2012
              baka                : domestic long hair (flat face)
              hobi                : menyorok bawah katil?
              makanan kegemaran   : royal canin persian 32

              ========================================

Tuesday, February 5, 2013

welcome home snowbelle ❤

love her !!!
she is so WHITE
zuma yang blue bicolor pun dah jadi kuning
agak-agak bapa lame boleh kekal putih macam ni?

have to find:
1) magic mist
2) eye envy tear stain remover powder
3) whitening shampoo

Tuesday, January 22, 2013

masalah parasit pada kulit kucing

all checked.so far tiada masalah
tapi if nak tengok history kesihatan kucing aku rasanya hampir semua pun pernah..hahaha dasar newbie =P

but ala-ala macam confuse pula antara flea,fur mites & lice
sebab haritu just nampak kelemumur hitam so maybe its flea la kan
cengkenit/sengkenit tu memang menyakitkan hati sebab habis kaki aku pun gatal-gatal.haruslah aku ingat muka si sengkenit tu macam mana!

credit to : http://www.facebook.com/kittyscottageclinic

Friday, January 18, 2013

budak mengada

rasanya plan for shaving bulu zuma dari zaman hang tuah lagi kan
dah banyak kali postpone
and this weekend pon macam terpaksa postpone lagi
i have to attend wedding my old friend
dan dia pula last minute kena outstation to kuantan
weekdays tak boleh sebab petshop closed early
yang minggu lagi satu tu balik kampung for a week
susah sangat buat kat muar lah kalau ada

  
ok sebenarnya nak share pasal perangai pelik zuma
ntah apa kena ntah

mengada sangat !!

masa baru-baru bawa balik kl semula
zuma still lagi makan menu lama
makan sikit sangat

aku risau so i try to spoon feed him
dan sekarang dah back to rc pun sama
malah makin teruk
LANGSUNG TAK NAK MAKAN SENDIRI
yes i bold with red maknanya marah
sanggup naik katil kejutkan aku untuk minta suap
gerammmmmmnyaaaaaaa
dik,tak ada sapa sanggup layan awk macam tuan raja ok

kenapa jadi macam ni ya?

mungkin sebab tukar bowl baru?
or sebab mengada over sangat?
or ada something tak kena dengan mulut zuma?

eyyy suka taw buat orang risau!

Friday, January 11, 2013

mari membebel - persian? dlh?

actually dah lama nak menulis entry ni.sangat penting especially untuk yang baru nak menjinakkan diri dengan dunia kucing parsi.sebenarnya kalau ikutkan lebih elok bertanya pada senior yang ada berpuluh-puluh tahun pengalaman, but tak salah kan kalau nak share info yang cenonet ni.kalau ada yang kurang tepat harap ditegur sebab aku pun budak baru belajar =)

persian? kucing parsi?
biasanya bila sebut persian kita bayangkan seekor kucing yang berbulu panjang & lebat.and thats it.sebenarnya kalau nak ikutkan,persian hanya untuk yang ada certificate sahaja.

kucing-kucing aku semua non cert walaupun flat face (flat face ke?) so hanya dikategorikan as domestic long hair (DLH) or ada juga yang panggil household pet (HHP).some people cukup marah kalau kita panggil kucing DLH tu persian.and lagilah mereka naik hantu if you demand for persian with a ridiculous price.sebab tu sebelum bertanya,pastikan kita google lah sikit.

pure persian?mix persian?
ok ni lagi satu yang aku agak confuse dulu.kalau dah persian tu hanya yang with cert,then why on earth there is a pure persian?or even a mix persian? persian confirmlah pure sebab dah ada cert kan?

confuse tak? confuse tak? ke aku sorang je yang confuse? ehhh +___+

what i understand,pure persian adalah DLH + DLH. so if mix persian is DLH + kucing kampung (maybe lah) haha...senang citer both tu bukahlah persian with cert.dah tu medium long hair?short hair?haaa tu kene ambil pita pengukur lah baru boleh tahu.hehe

aku bukan wikipedia so what ever i wrote here adalah berdasarkan apa yang aku surfing & pengalaman sendiri (eleh wiki pun jangan 100% percaya lah)...basically what i mean is,this might not a facts but itulah pemahaman most of cat lover.sometimes we cant blame people if they misunderstand it sebab berlambak je petshop & breeder sendiri yang salah bagi info.cakap pure persian tapi rupanya hanya ayahnya je yang ada cert.maknya pure persian without cert.eh boleh ek cenggitu? GRRRR

tapi kan aku selalu je panggil DLH aku tu persian.sebab nanti diorang pelik..DLH lah,certificate lah..serabut.serabut diorang bila aku explain.so....if you talk among cat lover you better use DLH supaya tak kena bambuuu tapi if among family or friends yang tak ambil tahu sangat pasal kucing ni,guna je lah persian tu =P

tak payah pening-peninglah.for me simple je.if you betul-betul cat lover so semestinya you are nice person.jadi tak perlu sinikal bila berhadapan dengan isu ni.share lah ilmu mungkin previously ada orang salah bagi info kat dia.dan for a new cat lover like me,kenalah banyak surfing sikit.tu belum masuk bab range price for pure persian and DLH lagi...huhu..matilah kena bambuuuuuu

Saturday, January 5, 2013

happy new year 2o13

alololo...comelnya zuma tidur sambil peluk bearbear (ok i lied..i just put it to look cute.lol)

this weekend my friend will 'cat-sit' him or technically i send zuma for mating with her siamese mix persian.he just a baby for me.always!

i feels awkward theres no one 'kacau' me
no one bite my hair like a pet grass(duhh...)
no one massage me
no one will wake me up at 3am to spoon fed him
no one will make noise at night

grrr i just send my zuma 8 hours ago but seriously why im dying missing him already? sobsobsobb....

hope he can fit in with other cats there.jangan garang ye sayang =P