Tuesday, February 14, 2012

shinbei kena cirit birit =(

sudah masuk hari kedua shinbei cirit birit.sepanjang hari dia hanya tidur,bangun untuk makan dan poo & pee...kasihan shinbei.ini semua bermula bila aku mencampurkan semula dry food dia dengan whiskas.sebenarnya itulah menu shinbei sebelum ini.tapi ramai yang cakap whiskas tak bagus,jadi aku hanya letak sedikit air untuk lembutkan dry food dia.tapi shinbei kurang berselera.

risau tengok dia makan sikit sangat aku pun mencampurkan semula menu dia dengan whiskas.memang lepas tu poo poo dia lembik sedikit.esoknya selepas jumpa vet,menu shinbei bertukar lagi....kali ini aku campurkan dry food dengan ayam rebus.dan terus kena cirit birit.

tadi aku bawa dia berjumpa papanya..telinga ni tahan saja la dengar dia membebel marah.

tiba-tiba shinbei muntah.macam cebisan ayam rebus.mungkin dia tak serasi dengan menu baru.tak lama lepas tu,shinbei bagi papa cenderahati (poo poo) dalam kereta papa....omg,poo poo dia dah semakin normal...shinbei pun macam lega.aku akan teruskan menu asal shinbei saja-rc with whiskas..ayam rebus tu mungkin lepas vaksin kita boleh cuba lagi.biarlah lambat sikit membesar,yang penting shinbei tak sakit...

bertahan ya sayang............

No comments:

Post a Comment