Friday, October 25, 2013

zuma trim bulu

 
pic atas - sebelum shave bulu.muke monyok tengah tunggu turn jumpe vet
pic bawah - settle shaving bulu bawah & trim ekor.zuma still jalan2,then terjatuh....rase nak nangis

Sunday, October 13, 2013

watch & learn


si macho black meke meke #catmating

dah seminggu abang macho ni menumpang kasih
my dad found this cat kelaparan kat pasar
manje sangat
meow meow meowwwww
before ni letak meke meke dalam cage
sangat verbal
malam tadi start lepaskan meke meke dalam rumah
zuma & abel dalam kondo diorang
paris dalam bilik mummy

wah wahhhh
berlari gembire sorang2
and pagi ni....
JENG JENG JENG







 18sx
 
 
ntah camne paris terlepas dari bilik
dan cinta pun berputik
miangnye anak dara mummy
paris yang tergedik2 tertonggeng2 bontot
guling2 hindustan
abang gemok zuma takmau
nak abang macho badan ketak2 ye
TAHNIAH MEKE MEKE
dan PARIS
semoge bahagia ke akhir hayat
=)

Saturday, October 12, 2013

si penjaga pintu

mummy...sejuk laa kt bawah pintu ni
macam aircond
saye suke..saye suke

Sunday, September 15, 2013

diari seorang pencinta

26 aug - mummy tengah sebok packing her stuff & cepat-cepat zuma masuk bakul dengan muke innocent..takot kena tinggal !!kite tak sabar nak jumpe kekasih lame

1 sept - dah seminggu dok sini, tapi paris tetap garang dengan zuma.zuma tak cukup hemsem ke mummy? sobssss sedih taw cinta ditolak

2 sept - bersihkan sini..bersihkan sane.....nak wangi2...misi harini nak pikat si cantik paris..arap die suke dengan style baru ekor kite.kite takkan pernah putus asa =)

Wednesday, August 21, 2013

my kids 1st grooming

actually the plan nak shaving both of them
tapi zuma garang sangat
petshop tak berani
kena shaving kat vet yang offer ubat bius
bagi tenang sikit si gemok tu

tengoklah muke tak puas hati die tu
memang kecoh mase nak pick up my kids
haha
ntah2 ade yang dah kena cakar


shaving pon takde lah botak betul
macam short hair je
barulah nampak bontot si abel ni
hmmmmmm
WANGI !!

Thursday, July 25, 2013

oh my gedik!

tengok la budak gedik ni
baru 2 weeks my sis babysit dah gedik

=________=

my sis dulu takde la suke sangat kucing
tapi dapat hubby catlover
tu yang dah semakin berani manja2 ngan kucing
walaupun tengah pregnant now

sape cakap preggy mummy tak boleh pegang kucing?
boleh je
asalkan jaga kebersihan
lepas belai2 tu, basuh tangan
jangan bersihkan toilet kucing,soh orang lain.hehe
 pernah denga kucing sebenarnya lebih bersih dari manusia?
meh share sikit

* * *

Nabi Muhammad SAW. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasulullah tahu pada badan kucing tidak terdapat najis?

Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria.
Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing.
Benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan kuman yang ditanam memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Salivanya bersih dan membersihkan.

Para doktor yang pakar dalam bidang kuman berpendapat :

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl pula menemui kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
(baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). .

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang dikenali sebagai lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terutama  pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu badan tubuhnya.
Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor mengapa tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


* * *

NOTAKAKI: mungkin ini adalah entry yang paling panjang.cuci mate jap

 
eh.close enough?

hey heyy..love is in the air!

zuma: (eh ade awek la kat atas tu..comelnye! putih bersih....tibe2 jantung rase dupdapdupdap la)
snowbelle:  (ape pandang2 ni..misai aku senget ke? bulu telinga aku terkeluar ke?)

zuma: hai awak..boleh berkenalan...name saye zuma.hobi tido depan pintu bilik mummy saye.makanan kegemaran royal canin.minuman kegemaran air mineral.umur saye 1 tahun 5 bulan. mummy saye kate saye dah boleh kawen.awak nak kawen ngan saye tak?
snowbelle: ......

zuma: saye hemsem taw! macam channing tatum.badan ketak2.cube awak tengok dekat2..mesti terpikat!
snowbelle: CHANNING TATUM???? gile taknak..mestilah nak!!!

Tuesday, June 18, 2013

cute cat furniture - part II

part I boleh rujuk kat sini
akhirnya i found handmade cat furniture kat malaysia ni
teruja kan ?

 
 
 
 
boleh cuci mata tengok luar =)
suke lah tu!


rumah kucing daripada kayu - RM100


 
cute handmade cat harness pun ade taw.comel sgt!

jika berminat boleh hubungi facebook:
pembuat furniture kucing