nama dia zuma,umur hampir 4 bulan.warna 'blue bicolour'...muka dia macam gangster tapi perangai macam budak-budak.minum air mesti habis basah..dan sebelum minum,zuma akan kais-kais bekas minuman dulu


zuma ni lain sikit,dia takut bunyi hair dryer....jadi terpaksalah lap saja bulu dia sampai kering

zuma tak suka orang tengok dia tidur,nanti dia lari masuk bawah katil.'privacy' konon!
mana-mana pun boleh tertidur...atas lantai bawah katil....atas katil.....mahupun atas kaki saya! grrr =P
dalam 2 minggu lepas adopt zuma,zuma makan sangat banyak & jadi gemuk sampai nak berjalan pun asyik tergelincir.mula-mula ingatkan sebab lantai licin,tapi rupanya sebab gemuk sangat...
tapi sekarang badan dia dah susut sikit lepas demam.zuma dah boleh berlari & melompat...stamina saja kena kuatkan sikit sebab bila dah main tak ingat dunia,zuma penat sampai terjelir-jelir lidah macam anjing.haha =P
bawah ni gambar bulu-bulu zuma selepas sikat..normal ke macam ni? rasanya zuma perlukan makanan tambahan untuk masalah bulu lah
mungkin esok nak beli brewers yeast.memang dah lama nak belikan untuk zuma,kita cuba repack untuk 100 tablets dulu.kalau ada perubahan yang memberangsang,boleh la jadikan 'daily supplement' untuk zuma...
tapi hati ni teruja betul nak beli vetri hbr..pet shop yang biasa pergi tu tak jual pula.ramai yang bagi 'positive feedback'..terujaaaa!! nak tahu detail,boleh baca sendiri..yang ni akan masuk dalam list next month